Saturday, 22 February 2014

Luahan hati seorang Abah



Abah tahu kamu sukakan seseorang. Hanya dengan mendapat satu pesanan ringkas sahaja sudah membuatkan kamu tersenyum lebar. Siapakah gerangan yang mencuri hati anak perempuan Abah? Hendak juga Abah tahu. Agaknya senyuman kamu itu manis seperti itu ataupun tidak sekiranya Abah yang menghantar pesanan ringkas itu?

Abah suka tengok FB kamu, yelah, Abah sayang kamu. Abah hanya mampu pantau setiap pergerakan kamu melalui FB. Seronok melihat kamu berjalan-jalan dengan kawan-kawan kamu, gambar kamu pun banyak. Yang tak tutup aurat pun banyak. Kadang-kala Abah tegur juga tentang aurat kamu di FB, tetapi sayangnya, kamu marah Abah lantas kau remove dan block Abah daripada FB kamu. Abah sedih, tetapi takpe, Abah buat FB lain.

Sedang membelek FB kamu, tiba-tiba Abah terasa hendak menangis membaca satu post daripada FB kamu:

" Sekiranya berkahwin kelak, akan ku menutup auratku demi bakal suami tercinta."

Abah termenung sebentar. Kamu sanggup menutup aurat untuk bakal suami kamu tetapi untuk Abah kamu biarkan sahaja! Abah perlu tahu siapa yang benar-benar mencuri hati kamu ini. Kamu baru tingkatan 3! Mana boleh fikir tentang kahwin lagi!

Akhirnya ALLAH mempertemukan siapa jejaka yang mencuri hati kamu. OH! Terkejut Abah tengok lelaki itu. Namanya Keparat bin Kesengalan. Abah sungguh cemburu melihat kamu begitu mesra melayan dia sedangkan dengan Abah sendiri kamu tidak mahu pandang walau sedikit pun. 

Apalah salah Abah ye? Kenapa kamu sanggup dengar kata lelaki itu sedangkan dengan Abah kamu tengking dengan mudah. Ya, Abah bukanlah begitu berharga buat kamu, tetapi jangan lupa satu perkara sahaja. 

Jangan kerana cinta kamu lupa pada pelajaran kamu, keluarga kamu dan diri kamu itu sendiri. Benar syurga di bawah tapak kaki ibu, tetapi kuncinya ada pada Abah. Kamu buat jahat di dunia, di akhirat kelak, dengan kamu dan abah sekali masuk neraka. Abah tak sanggup melihat anak Abah hanyut macam tu. 

Teringat pula kamu pernah berkata:

" Abah ni, kalau abang buat abah takpe, ni Mira buat semua tak boleh."

Hanya satu je mampu Abah katakan. Abah sayang kamu. Abang kamu orang lelaki, mereka kuat untuk menjaga diri sendiri. Tetapi anak perempuan Abah akan Abah lindungi sehingga mati. Abah tak nak anak Abah terluka. 

Sekiranya benar lelaki itu mencintai kamu, panggillah dia untuk ke rumah. Berborak kejap, masuk minang, tiada masalah. Abah tak kisah.Yang Abah kisah ialah apabila kamu keluar dengan lelaki itu tanpa kebenaran Abah, kamu keluar pula dengan membawa busuk maksiat. Kalau ikutkan hati Abah yang kering, mahu sahaja Abah menghalau kamu. Tetapi Abah sayang kamu. 

Untuk kesekian kalinya, Abah sangat menyanyangi kamu. Jagalah diri, jangan merosakkan diri Mira untuk kedurjanaan dunia. Sekiranya Abah meninggal dunia, Abah mengharapkan kamu berubah seperti dulu kala. 

Yang berkata,

Abah Mithali yang tersakiti.

Tuesday, 15 January 2013

Some Story To Share

nak kongsi kisah tentang COUPLE ISLAMIC & entry ni ditujukan khas buat mereka yang mempertahankan COUPLE ISLAMIC mereka sebelum nikah.

Jom ikuti kisah ni...

Kisahnya mengenai 3 orang iaitu Aiman, Ain & Asyraf. Aiman & Ain sama² belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Aiman jatuh hati pada keayuan Ain.

* Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri² dengan cahaya keimanan.

Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan.

Tetapi, Aiman cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Ain sebab nanti takut kena tangkap dengan AJK pencegah maksiat sekolah (BADAR - Badan Dakwah & Rohani).

Beberapa tahun berlalu...

Akhirnya, apabila Aiman berada di Tingkatan 4, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah & akhirnya, Ain tewas pada pujuk rayunya.

Walau bagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber'couple'.

Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple.

"COUPLE ISLAMIC"!!!

Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap² ni. Bukan itu sahaja, Ain kena pakai tudung labuh. Aiman pula pakai serban & jubah. Lepas itu, mereka keluar bukan membuang masa tapi keluar bawa Al-Quran.

Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, tiada pegang² tangan, mereka ikut cara Nabi Musa.Lelaki di depan, perempuan di belakang.

Bila balik rumah, missed call pagi². Suruh qiamullail.

Hah!!! Kan Islamic punya couple tu.

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Aiman ditakdirkan bertemu dengan Asyraf. Ketika itu Aiman & Ain sedang bertadarrus di RFC (Radix Fried Chicken).

Asyraf tiba² datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk.

Bila duduk, Asyraf bertanya, "Have you married?".

"No.", jawab Ain.

"So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Asyraf.

"Kami couple, tapi Islamic way" jawab Aiman.

Asyraf hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Asyraf pun memulakan ceritanya.

"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu.

Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi.

Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam.

Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat² pengharaman contohnya ARAK.

Tapi aku…TIADA.

Jadi, time kat hospital tu aku fikir.

Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecil aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap² hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Beginilah kehidupan aku & babi tu selama 2 tahun.

Lepas 2 tahun, masa yang ditunggu² tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok² babi ni tiada leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi.

Lepas tu, aku pun masaklah bakut teh. Tengah² makan, nampak seorang ustaz tengah jalan². Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan.

Ustaz!!! Jom makan. BABI ISLAM ni.”

Bila terdengar kisah itu, Aiman & Ain pun sedar.

Kalau benda itu HARAM, ia tetap HARAM. Yang HALAL itu jelas & yang HARAM itu jelas.

Tamat....

Best tak kisah ni?

Mungkin agak kasar tapi sesuai nak bagi peringatan kepada mereka sedang kemaruk COUPLE ISLAMIC yg tegar dgn hujah² yg menghalalkan cara.

Moga kita (saya & pembaca) tidak tergolong...

P/s: Yang HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba pelbagai cara sekalipun untuk mengHALALkannya. Peringatan untuk diri sendiri terutamanya.

---> Boleh je couple tapi lepas nikahlah so jadilah couple Islamic juga..

Wednesday, 19 September 2012

Muzik Dalam Islam

Assalamualaikum,
Saya sudah lama berniat untuk belajar bermain gitar untuk hiburan diri saya sendiri apabila saya memerlukannya (sekadar untuk menghiburkan hati dan tidak keterlaluan).
Tapi niat saya terbatas kerana saya pernah dengar bahawa hukum bermain alat muzik bertali adalah haram.
Saya ingin mendengar penjelasan Ustaz sendiri mengenai hal ini dan bolehkah ustaz membawa dalil yang kuat untuk hal ini. Terima kasih ustaz…
Waalaikumusssalam,
Tidak ada sebarang nas yang menyebut tentang gitar dengan jelas didalam hadith-hadith soheh. Kerana itulah berlaku khilaf dikalangan ulamak2 tentang hukum bermain gitar ini.
Ada yang mengharamkannya sama sekali samada menyebabkan lalai atau pun tidak. Ada yang mengharuskannya dengan alasan tidak memberi sebarang kemudaratan.
Pendapat setengah ulamak pula mengharuskan bermain dengan syarat :
  1. Untuk sekadar hiburan sendiri sahaja.
  2. Tidak bercampur dengan perkara2 yang haram seperti dadah, perempuan atau seumpamanya.
  3. Tidak dijadikan sebagai sumber pendapatan.
  4. Tidak lalai daripada kewajipan dan tidak menyebabkan orang lain jadi lalai.
Jika saudara ingin bermain juga maka pendapat terakhir ini adalah elok untuk di ikuti. Janganlah sampai tak hadir ke surau dan masjid untuk belajar agama disebabkan oleh permainan. Hiburan diharuskan oleh Islam hanyalah untuk menghilangkan rasa jemu atau bosan bukannya dijadikan perkara penting dalam kehidupan.
Jika hanya berhibur tapi tak pernah hadir ke masjid dan surau untuk solat dan belajar agama maka jelaslah ini adalah hiburan yang diharamkan oleh Islam.
DI JAWAB OLEH USTAZ AZHAR IDRUS

Saturday, 15 September 2012

InsyaAllah One Day


Semoga bakal isteri ku dapat menyempurnakan diri ku yg lemah ini...InsyaAllah.

Sunday, 28 August 2011

wHaT a kEzuTAn

bEfDaY bOYs & gIrL

Thank to all my clazmate 4 give this suprise to us...
I admit that u all make us happy that night....
It will be in my sweet memory...
THANK YOU SO MUCH FRIENDS (AC4B)






Friday, 26 August 2011

PeNgALaMaN BaRu























nie adalah sebahagian drpd gambar bersama anak2 yatin n miskin di rumah darul hikmah, gopeng, Perak.....program khidmat masyarakat yg aku join awal ramadhan mmg gempak r...gmbar nie aku amik mse pg kali ke 2 n 3....kteorg sesje je mlawat adik2 kat sne....rndu la ktekan....hehehehehe.....